Monday, May 28, 2012

Tanjung Bidara Beach Resort

semalam saya pergi pantai TBBR seronok sampai terminum air laut . abah sayakan campak saya dalam laut  
saya hampir lemas best . lepas tu mak dan abang saya tanam saya dalam pasir, tiba-tiba abah saya datang , dia tanam saya sampai saya tidak boleh bangun, berat sangat, selepas itu abah saya campak saya sebanyak tiga kali, lepas itu abang saya pula, tapi geli, saya tidak geli.

Saturday, April 28, 2012

Kisah Nur Alia Aseri: Kisah Pakai Tudung

Kisah Nur Alia Aseri: Kisah Pakai Tudung: Saya sangat seronok hari ini kerana saya pakai tudung apabila keluar bermain dengan kawan .saya rasa.....

Kisah Pakai Tudung

Saya sangat seronok hari ini kerana saya pakai tudung apabila keluar bermain dengan kawan dan rasa berpeluh semasa main di taman. Saya akan memakai tudung sampai bila-bila..mama saya pun gembira sangan dengan perubahan saya ini. Mula-mula saya malu nak pakai, tapi saya cuba juga dan akhirnya saya berjaya dan sangat gembira dapat pakai tudung atas dorongan mama juga.Babai jumpa lagi.

Saturday, April 14, 2012

Barbie Alia


Ini barbie saya. Saya tiada barbie macam ni tetapi gambar barbie ini saya letakkannya di dalam blog saya. Cantikkan...saya suka sangat...

Lagi gambar-gambar di Cameron Highland

Ini saya dan mama dan abang saya bergambar di kebun teh.











Ini  saya dan abah saya dan abang di pasar malam di Cameron Highland. Ketika ini cuaca sangat sejuk kerana hujan renyai-renyai.










Ini saya bersama abang saya. Ini gambar kebun teh bharat.











Ini gambar di kawasan lebah. Saya sudah bagaimana madu dihasilkan daripada lebah.











Ini gambar yang ada di dalam hotel.












Ini gambar saya di hotel. Cuaca sungguh sejuk. Saya sangat seronok.















Ini bergambar bersama 'Giant strawberi'. Best sangat...

Cameron Highland 2012




 Pada cuti sekolah  bulan Mac 2012 yang lalu saya dan keluarga saya bercuti di Cameron Highland. Kami pergi dengan menaiki kereta. Kami pergi selama 3 hari dua malam. Berbagai-bagai pengalaman yang kami dapati sepanjang berada di sana. Antara pengalaman yang paling seronok ialah dapat memetik buah strawberi daripada pokoknya. Saya duduk di hotel Remix dan saya gembira tinggal di sana...saya juga dapati banyak bunga yang cantik. Saya juga pergi ke ladang teh dan melawat kilang teh boh dan melihat bagaimana teh dihasilkan. Di puncak bukit tersebut sungguh sejuk dan nyaman...itu yang paling saya suka..

 Saya sangat gembira berada di sini...kenangan yang paling indah sekali..yang tidak dapat saya lupakan...
Ini abang saya. Namanya ariff bin Aseri. Saya sayang abang saya walaupun kami selalu bergaduh.
Ini gambar saya di puncak gcameron Highlang di ladang Teh Boh. Saya seronok sangat berada di puncak bukit ini kerana ia sungguh sejuk dan nyaman.
Ini mama dan abah saya. Mereka sungguh bahagia dan baik hati. Sayang sayang mama dan abah.
Ini gambar keluarga saya. Kami sangat seronok dan bahagia di sini. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih mama dan abah kerana membawa saya bercuti di sini. Lain kali saya hendak datang lagi ke sini. Percutian ini sungguh seronok dan best...
 

Kisah Nur Alia Aseri Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting