Pada cuti sekolah bulan Mac 2012 yang lalu saya dan keluarga saya bercuti di Cameron Highland. Kami pergi dengan menaiki kereta. Kami pergi selama 3 hari dua malam. Berbagai-bagai pengalaman yang kami dapati sepanjang berada di sana. Antara pengalaman yang paling seronok ialah dapat memetik buah strawberi daripada pokoknya. Saya duduk di hotel Remix dan saya gembira tinggal di sana...saya juga dapati banyak bunga yang cantik. Saya juga pergi ke ladang teh dan melawat kilang teh boh dan melihat bagaimana teh dihasilkan. Di puncak bukit tersebut sungguh sejuk dan nyaman...itu yang paling saya suka..
Saya sangat gembira berada di sini...kenangan yang paling indah sekali..yang tidak dapat saya lupakan...
Ini abang saya. Namanya ariff bin Aseri. Saya sayang abang saya walaupun kami selalu bergaduh.
Ini gambar saya di puncak gcameron Highlang di ladang Teh Boh. Saya seronok sangat berada di puncak bukit ini kerana ia sungguh sejuk dan nyaman.
Ini mama dan abah saya. Mereka sungguh bahagia dan baik hati. Sayang sayang mama dan abah.
Ini gambar keluarga saya. Kami sangat seronok dan bahagia di sini. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih mama dan abah kerana membawa saya bercuti di sini. Lain kali saya hendak datang lagi ke sini. Percutian ini sungguh seronok dan best...
0 comments:
Post a Comment